|
|
My Faveret links
Jika anda mempunyai komik baru dan zine untuk dipreviukan,sila hubungi ![]() Lukisan Hati ![]() Komik Klasik CESB ![]() Gempak ![]() Keluang Man ![]() Urban Comic |
Komikoo
Sebuah lagi penerbitan komik yang berkualiti, menjamin kepuasan kepada peminat "Old School comic". Komikoo #0 , pengenalan kali ini membariskan gabungan komikus yang tidak kurang hebat seperti Baba Chuah, Aedes, Adijin, Kromosom, Zafran, Shah, Eisu, James Bond Abdullah dan penulis seperti Nazim Masnawi, Ubder S Iskandar dan Zairul Darney. Roy Ablah bertindak sebagai editornya. ![]() Blues8 Blues Selamanya yang dikendalikan oleh Brader Rodin sudah tiada di pasaran. Dengan kata lain, sudah dihentikan penerbitan. Isu ke 128 merupakan yang terakhir dalam pasaran, ketika umat Islam menyambut Hari Raya Puasa. ![]() Bagaimana pula dengan pelukis-pelukis komik tersebut? Adakah dengan berakhirnya penerbitan itu akan tertutup pintu rezeki mereka? Insya Allah, seperti perpatah, dimana ada jalan di situ ada peluang. Brader Rodin, khabarnya telah dilamar oleh PTS untuk mengelolalakan projek Komik Malaysia, yang terhenti perancangan 2 tahun lepas. Semoga, usaha PTS dan sokongan anda di luar sana, senario komik tanah air akan menjadi kenyataan.
Tiada tajuk Banyak event yang berkaitan dengan komik, animasi dan games sekarang ini telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Saban hari ada sahaja berita berkenaannya. Dalam akhbar dan majalah pun ada menyatakannya. McDec, salah satu organisasi IT negara terbesar melalui projek MSC telah pun mengumumkan projek karekter komik dan animasi tempatan. Animasi Saladin dengan khabar telah masuk Fasa II. Kejayaan Saladin telah berjaya meletakkan tenaga kerja anak Malaysia saetaraf dengan negara-negara luar. Karnival Komik Malaysia 2007 bakal menemui peminat komik, kartun, manga, permainan dan kosplay tidak lama lagi. Penaja utamanya ialah Sungai Wang Plaza dan Gempakstarz. Dewan Bahasa Pustaka melalui Karyanet, beberapa projek komik mereka khabarnya berada dalam work in progress. Komik Karyanet Hang Tuah dan Shah Mardan yang diterbitkan secara online tidak dijual secara meluas di serata Malaysia. Kemungkinan selepas ini, DBP akan memasarkan komik-komik tersebut. Yang telah berlalu, Pesta Buku Antabangsa 2007 merupakan suatu kejayaan bagi setengah-setengah penerbit buku dan majalah. Beberapa buah syarikat baru telah memperomosikan komik terbaru mereka. Kejayaan tersebut mendorong KLP_Entertainment menerbitkan isu kedua Eden Factor dan Fetus n Fetu. Begitu juga Griffon Sky memalui komik mereka Wira. Kemunculan komik-komik baru seharusnya dapat dijadikan daya saing untuk memajukan komik-komik tempatan. Tidak kira apa sekali stail yang diterbitkan samada stail manga atau US. Sudah terlalu hendak membicara hala tuju komik Malaysia.
Entah Apa-apa??? Assalamualaikum wbt...rasa-rasanya dah berzaman (dah bertahun) blogdrive ini tidak dimuat apa-apa. Jikalau pengujung nak tulis apa-apa pun kat shoutbox, saya tidak berdaya untuk merespons dek lantaran yang dikejar tak sempat nak hambat. Yang dikendung terlepas begitu sahaja. (Hahaha) Nak reviu komik dan kartun?????? Hohoho...dah naik malas pulak dah. Apa-apa pun komik dan kartun cuma bahan bacaan boring dan masa terluang sahaja. Komik yang ada di pasaran tidak lagi menambat hati, cewah ecececece........Dulu aku cukup rajin mereviu komik, itu pun kerana kawan-kawan yang "underground" menerbitkannya. Kini, aku seminggu sekali ke kedai buku yang menyewa buku komik dan novel. Aku cuba mengawal diri supaya kurang membeli majalah dan buku komik. Seminggu sekali aku pergi ke sana untuk sewa pinjam beberapa buah buku komik yanh aku tak paham apa-apa isi dan jalan ceritanya. Amoi itu puji aku begitu pandai baca komik Mandarin dan aku hidung aku kembang kempis..padahal sepatah perkataan punaku tak mengerti. Dari buku-buku komik yang kupinjam, sekurang-kurangnya mengisi masa aku lantaran tidak berkesempatan untuk menghadiri pesta buku tempohari.
Pelukis komik dan kartunis di wikipedia Bahasa Melayu Assalamualaikum wbt... semenjak empat menjak ni, dah bersawang gelanggang Jalan-Jalan Cari Komik. Dah tak nampak jalan dah...bukan begitu. Tidak ada kesempatan kerena ada empat buah rumah kena repair..bukan rumah apa, rumah merapu dan geromal jalan-jalan baca komik. Ada projek besar ker? Tak derlah... perojek besar bagi jer kat kontrator...projek rintis-rintis je, hahaha... tuan-tuan dan kepada pembaca blog budiman, pelukis komik dan kartunis Malaysia pun telah di wikipediakan? Apa betulke bahasa yang digunakan, lantaklah... buat sementara sudah ada senarai panjang di situ,dan insya Allah harapan saya untuk menyempurnakan hajat mengumpul maklumat mereka yang telah berjasa dalam bidang komik dan kartun..kalau rajinlah check itu out!!!! Buat apa susah-susah, jom tengok Raja Lawak....kalau nak tambah info silakan ke di kategori Komik Malaysia http://ms.wikipedia.org/wiki/Komik
Dah lama tidak geromal Rasanya sudah bersawang blog Jalan-jalan Cari Komik ini. Tentu sekali Spiderman amat suka, bolehlah dia bergayut pada benang sawang sang labah-labah yang membuat sawang di blog ini, huhuhu. Selama ini saya banyak konsentrate entah apa ke nama kat sini. Kalau rajin, singgah-singah lah di sana, ya. Jemput dan jangan segan-segan pulak. Hahaha.
Nak geromal apa ntah, pepagi ini. oh ya pasal kumik hahaha komik. Kat luar sana banyak dah komik yang baru-baru sudah berada dipasaran. Pastikan anda membeli yang original, cewah! Macam promosi CD dan VCD pulak! Adakah komik cetak rompak? Kalau ada silalah bagi tahu ya! Hehehe, tidaklamalagi superhero Bollywood akan berada di pasaran Malaysia, Krrish, yang dilakonkan oleh Hirtik Roshan. Barangkali dapat ilham dari comic superheroes Marvel.
Lain Padang Lain Belalang
Bermula dengan Bismillahrirahmani'rohim. Lama tidak mengupdate JJCK ni. Kelmarin sengaja aku menghantar SMS kepada rakan pergh di Mesir nun. Mengelabah dan terbakar. Hahaha, tidak tahu apa dah jadi dengan menu yang disediakan untuk hari itu. Dia balas balik dengan mengatakan dia tengah layan lagu-lagu Kala-jengking. Menyengat dari dulu hingga sekarang. Lagu-lagu Kala-jengking ini memang ramai yang minat perhhhhhh. Layan gak dolu-dolu. La ni kalau dengan sekali sekala tu tangkap nostalgia gak hahaha... Hari Jumaat yang lalu tu, aku ke Kolumpo untuk satu urusan penting di Jalan Duta. Aku pergi dengan isteri dan adik ipar aku. Adik ipar aku yang pandu keretanya Getz. Kalau mengharapkan aku, takut gelabah jer nak masuk bandar raya. Kami bertolak dari tempat adik ipar aku se lepas Isya' melalui lebuh raya timur-barat. Singgah sebentar di RR Temerluh untuk menyegarkan mata sambil perkena nescafe panas. Selepas itu meneruskan perjalanan. Adik ipar aku tanya samada hendak masuk terus ke Kolumpo sebab jam masih awal ketika sampai Genting Sepah. Aku cadang kami singgah je di RR Genting Sepah. Masuk awal-awal buat apa? Di situ kami cari tempat parking dan membetulkan seat dan layan mata aku yang sedang berat sangat sampai jam 5.00 pagi. Bangun terus cari bilik air dan utntuk ,menyegarkan badan. Selepas Subuh, kami perkena teh tarik dan terus masuk ke bandaraya. Fuhhh baru pukul 6 lebih, jalan sudah kena taruk jem. Nak cari roti tak sempatla..... Bergerak cam semut hingga ke bulatan Pahang dan terus belok cari Chow Weng Fatt...eh salah Chow Kit Road maa. Kami masuk satu lorong di depan Hotel tempat selalu adik ipar aku parking di situ. Kami berserapan pagi. Ada parking lot., Adik ipar aku malas nak masuk sen dalam slot parking. aku bimbang kan naya kena saman di Bandaraya. Last-last dia parking tempat yang agak selamat dekat hotel di situ. Kami berserapan teh tarik dan roti kosong/telur. Lepas tu menapak dan cari teksi. Adik ipar aku bimbang nak bawa kereta ke Jalan Duta kalau-kalau tidak ada tempat parking. Di pejabat tempat kami berurusan cukup mudah. Dalam tempoh 2 jam lebih urusan kami selesai dan makan di gerai penjaja sebelah Jalan Duta. Fuhhh masakan nampak best-best. Ada ikan yang besar-besar tergolek dalam bekas. Berasap dan panas-panas pulak. Hari itu hari Jumaat, aku malas nak berlama-lama di kotaraya. Aku nampak ramai yang berbaju Melayu. Aku dan adik ipar aku yang berbaju Omputih hahaha. Kami naik teksi dan balik Chow Kit. Di situ kami memmbeli sedikit buah tangan untuk anak-anak aku. Sambil jalan-jalan di situ,mata aku melilau di gerai mamak menjual sokabar dan majalah. Mata aku bertumpu di beberapa buah majalah komik yang sedang berada di pasaran. Jom, g3, Blues Selamanya, Apo?, Ujang, Utopia, Starz, Gempak, e-zone. Semuanya aku tak layan sebab nanti aku balik beli kat tempat aku. Kelmarin aku singgah di kedai alatan tulis di hampir tempat aku kerja. Manakala isteri aku ke kedai Avon untuk mencari keperluannya. Budak perempuan yang jaga kedai itu sering kali senyum sinis sebab aku selalu angkat JOM dan g3 di situ.Korang mungkin dapat membaca kenapa budak perempuan itu senyum sinis kat aku. Sebab aku yang terlampau hensem barangkali hahahaha. Aku angkat 3 buah komik Pedang Setiawan nombor 441, Petir Tunggal no 3 dan 4 Panglima Jagoan no 42. Komik-komik itu dibalut plastik. Nampak kemas dan aku letak di atas kaunter untuk membayarnya. Budak perempuan itu kemudian dan tunduk untuk mendapatkan naskah lain sebab yang dibalut plastik itu untuk display sahaja. Lain padang lain belalang rupanya. Lain kedai lain caranya. Aku terus masuk di kereta dan menghantar SMS kat kawan aku yang disebut awal tadi dan memberitahu yang aku seddang angkat 3 komik kesukaannya. Terbakar rambutnya hehehehe. Sekian sahaja karutan aku untuk kali ini. Wassallam.
Aku nak melalut lagi dengan JJCK Kalo nak bersembang pasal komik, sehari suntuk memmang tidak cukup rasanya. Apa tidaknya, saban waktu ada sahaja komik-komik baru dipasaran. Yang paling banyak ialah komik-komik terjemahan. Cover dah tajuknya cukup memukau. Fuhhh ibarat kata tepuk poket tanya hati. Hendak membeli atau tidak. Boleh rabak poket kita dibuatnya. Kelmarin masa hendak ke masjid untuk sembahyang Jumaat, sempat juga aku singgah di kedai buku yang menjual pelabagai alatan tulis termasuk cd dan dvd anime.
Aku cadang nak membeli surat khabar, yang ada hanya tinggal Straits Times dan tabloid-tabloid. Aku pun terus membayar untuk sokabar omputih tu pasal nak baca berita tentang jemaah Haji yang mati terpijak di Mina ketika hendak melontar di Jamaratul. Ketika aku dah nak keluar, aku ternampak Buletin Utama yang Umbut dok menjadi wartawan kat situ sekarang ini. Aku terlewat mendapatkan naskah itu kerana tarikhnya ialah 1 Januari 2006. Di ruangan Umbut menulis, tertera gambar orang kuat PTS Millenea, Wanzu. Aku nak ucapkan selamat menjadi wartawan kepada rakan aku Umbut. Masih sempat beliau melukis kartun walaupun dah jadi wartawan. Wah artikel Umbut pun menggunakan tajuk Jalan-jalan. Hahaha
Bercakap pasal komik dan anime ini, satu wartawan sokabar tabloid telah membuat satu scoop yang mengemparkan. Beliau telah membuat tafsiran yang mengelirukan peminat anime dengan membuat laporan macam itu. Aku tidak mahu ulas panjang pasal perkara itu. Yang pasti "hentai" itu sebahagian daripada "anime".
Implikasi daripada kemasukkan manga dan anime menyebabkan peniaga-peniaga mengambil kesempatan memperdagangkan apa sahaja yang boleh diperdagangkan tanpa mengira moral disebaliknya. So, aku harap ibu bapa pun patut memainkan peranan dalam menyediakan bahan-bahan yang sesuai sahaja untuk dipertontonkan dirumah. Banyak sudah berlaku perkara-perkara yang diluar dugaan. Cover vcd atau dvd tertera gambar kartun Tarzan, lain pula isinya. Tepuk dada, tanya akal dan....
Sembang-sembang komik Dah masuk hari ke 6 kita menyambut Aidilfitri tahun 1426H ini. Barangkali ada di antara kita yang telah pun menunaikan puasa 6. Aku belum lagi berbuat demikian...aku pun turut merasakan JJCK ini tidak di"update". Mengapa tidak update? Aku baru saja bersembang dengan Shenufan. Di kala begini terpaksa melayan Blues jugak. Di blogspot Perkasa Alam, Shenufan menegur aku kerana kelihatan cacarmerba. Aku sendiri merasakan begitu. Macam nasi campur pulak. Dok sibuk meng"update" blog tu sampai tak keruan. Hahaha. Dalam siri JJCK ini, tidak ada apa yang aku nak perkatakan. Apa yang menarik perhatian aku ialah sebuah majalah yang tidak kurang hebatnya dipasaran iaitu Blues Selamanya di bawah pimpinan saudara Rodin. Siapa tidak mengenali beliau? Pernah menjadi kartunis di Gelihati. Sekarang ini menjawat sebagai Editor Blues Selamanya di MOY. Sedar-sedar sudah masuk ke isu #85 dah. Rancak sungguh team BS. Sambil dok termenung di rumah dua hari yang lepas, aku masih suka hendak membelek-belek komik UC yang lama-lama. Isu no#4 terbitan 2001 masih menarik perhatian aku. Cover depan dua orang awek angkasa lepas dilukis oleh Adijin. Cover belakang ialah cover siber matatiga oleh Milx. Komik-komik yang terdapat di dalannya ialah komik Adijin (Urban Babes) diwarna oleh Kromosom, komik Kaler Drakunella oleh Aim dan kaler oleh Kromosom, komik Mata Tiga oleh Milx, Komik Komosom hitam putih, Pemburu dan Marga Buana serta komik Paskal garuda oleh Azhar. Aku dok baca dari muka seurat ke muka surat dari ruang editorial yang dikendalikan oleh sdr Kromosom sehinggalah ke surat dari peminat. Surat-surat itu dari sdr Bickbong dan Warrior Zool. Kelmarin pun masa dok bersembang dengan Shenufan, dia ada gak sebut pasal UC lama-lama yang tidak sempat dia beli di Sg. Wang. selepas dia balik semula ke kedai itu, didapati telah habis dijual. mengapa UC aku sebut di sini? Bukan di sini sahaja, aku sebut di Umbra Comix isu #5 dan #6 pun pernah aku sembangkan dengan Ubder. Dua hari lepas aku pun turut sebutkan dalam communityzero milik Hyex. Dan aku sendiri pun ada linkkan url diaorang di blog aku di bawah Made In Malaysia. Ditangan aku terdapat 4 buah komik Ma Win Sing iaitu Pedang Setiawan #425. Aku dah missed out #424. Mana aku nak cari?? Tiga lagi ialah Raja Rimba #426 #427 dan #428. Aku tidak bercadang hendak, membuat ulasan di sini. Cukuplah sekadar update ini. Wassallam.
|