Entry: Sembang-sembang komik Monday, November 07, 2005



Dah masuk hari ke 6 kita menyambut Aidilfitri tahun 1426H ini. Barangkali ada di antara kita yang telah pun menunaikan puasa 6. Aku belum lagi berbuat demikian...aku pun turut merasakan JJCK ini tidak di"update". Mengapa tidak update? Aku baru saja bersembang dengan Shenufan. Di kala begini terpaksa melayan Blues jugak.

Di blogspot Perkasa Alam, Shenufan menegur aku kerana kelihatan cacarmerba. Aku sendiri merasakan begitu. Macam nasi campur pulak. Dok sibuk meng"update" blog tu sampai tak keruan. Hahaha.

Dalam siri JJCK ini, tidak ada apa yang aku nak perkatakan. Apa yang menarik perhatian aku ialah sebuah majalah yang tidak kurang hebatnya dipasaran iaitu Blues Selamanya di bawah pimpinan saudara Rodin. Siapa tidak mengenali beliau? Pernah menjadi kartunis di Gelihati. Sekarang ini menjawat sebagai Editor Blues Selamanya di MOY.  Sedar-sedar sudah masuk ke isu #85 dah. Rancak sungguh team BS.

Sambil dok termenung di rumah dua hari yang lepas, aku masih suka hendak membelek-belek komik UC yang lama-lama. Isu no#4 terbitan 2001 masih menarik perhatian aku. Cover depan dua orang awek angkasa lepas dilukis oleh Adijin. Cover belakang ialah cover siber matatiga oleh Milx. Komik-komik yang terdapat di dalannya ialah komik Adijin (Urban Babes) diwarna oleh Kromosom, komik Kaler Drakunella oleh Aim dan kaler oleh Kromosom, komik Mata Tiga oleh Milx, Komik Komosom hitam putih, Pemburu dan Marga Buana serta komik Paskal garuda oleh Azhar. Aku dok baca dari muka seurat ke muka surat dari ruang editorial yang dikendalikan oleh sdr Kromosom sehinggalah ke surat dari peminat. Surat-surat itu dari sdr Bickbong dan Warrior Zool.

Kelmarin pun masa dok bersembang dengan Shenufan, dia ada gak sebut pasal UC lama-lama yang tidak sempat dia beli di Sg. Wang. selepas dia balik semula ke kedai itu, didapati telah habis dijual. mengapa UC aku sebut di sini? Bukan di sini sahaja, aku sebut di Umbra Comix isu #5 dan #6   pun pernah aku sembangkan dengan Ubder. Dua hari lepas aku pun turut sebutkan dalam communityzero milik Hyex. Dan aku sendiri pun ada linkkan url diaorang di blog aku di bawah Made In Malaysia.

Ditangan aku terdapat 4 buah komik Ma Win Sing iaitu Pedang Setiawan #425. Aku dah missed out #424. Mana aku nak cari?? Tiga lagi ialah Raja Rimba #426 #427 dan #428.  Aku tidak bercadang hendak, membuat ulasan  di sini. Cukuplah sekadar update ini. Wassallam.

   2 comments

Kalamtimur
November 12, 2005   10:39 PM PST
 
yes betul tu, name! akau pernah beli koleksi ma wing shing yang saiz a3, rugi aku tinggal kat member. sekarang nyesal wei!! siapa name yang sebenarnya?
Name
November 12, 2005   02:34 AM PST
 
ma wing shing... line art dia... tatahan.. satu lagi kaler sapuan berus tue... wowww...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments