Entry: Aku nak melalut lagi dengan JJCK Friday, January 13, 2006



Kalo nak bersembang pasal komik, sehari suntuk memmang tidak cukup rasanya. Apa tidaknya, saban waktu ada sahaja komik-komik baru dipasaran. Yang paling banyak ialah komik-komik terjemahan. Cover dah tajuknya cukup memukau. Fuhhh ibarat kata tepuk poket tanya hati. Hendak membeli atau tidak. Boleh rabak poket kita dibuatnya. Kelmarin masa hendak ke masjid untuk sembahyang Jumaat, sempat juga aku singgah di kedai buku yang menjual pelabagai alatan tulis termasuk cd dan dvd anime. Aku cadang nak membeli surat khabar, yang ada hanya tinggal Straits Times dan tabloid-tabloid. Aku pun terus membayar untuk sokabar omputih tu pasal nak baca berita tentang jemaah Haji yang mati terpijak di Mina ketika hendak melontar di Jamaratul. Ketika aku dah nak keluar, aku ternampak Buletin Utama yang Umbut dok menjadi wartawan kat situ sekarang ini. Aku terlewat mendapatkan naskah itu kerana tarikhnya ialah 1 Januari 2006. Di ruangan Umbut menulis, tertera gambar orang kuat PTS Millenea, Wanzu. Aku nak ucapkan selamat menjadi wartawan kepada rakan aku Umbut. Masih sempat beliau melukis kartun walaupun dah jadi wartawan. Wah artikel Umbut pun menggunakan tajuk Jalan-jalan. Hahaha Bercakap pasal komik dan anime ini, satu wartawan sokabar tabloid telah membuat satu scoop yang mengemparkan. Beliau telah membuat tafsiran yang mengelirukan peminat anime dengan membuat laporan macam itu. Aku tidak mahu ulas panjang pasal perkara itu. Yang pasti "hentai" itu sebahagian daripada "anime". Implikasi daripada kemasukkan manga dan anime menyebabkan peniaga-peniaga mengambil kesempatan memperdagangkan apa sahaja yang boleh diperdagangkan tanpa mengira moral disebaliknya. So, aku harap ibu bapa pun patut memainkan peranan dalam menyediakan bahan-bahan yang sesuai sahaja untuk dipertontonkan dirumah. Banyak sudah berlaku perkara-perkara yang diluar dugaan. Cover vcd atau dvd tertera gambar kartun Tarzan, lain pula isinya. Tepuk dada, tanya akal dan....

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments