Entry: Lain Padang Lain Belalang Tuesday, January 24, 2006



Bermula dengan Bismillahrirahmani'rohim.
Lama tidak mengupdate JJCK ni. Kelmarin sengaja aku menghantar SMS kepada rakan pergh di Mesir nun. Mengelabah dan terbakar. Hahaha, tidak tahu apa dah jadi dengan menu yang disediakan untuk hari itu. Dia balas balik dengan mengatakan dia tengah layan lagu-lagu Kala-jengking. Menyengat dari dulu hingga sekarang. Lagu-lagu Kala-jengking ini memang ramai yang minat perhhhhhh. Layan gak dolu-dolu. La ni kalau dengan sekali sekala tu tangkap nostalgia gak hahaha...

Hari Jumaat yang  lalu tu, aku ke Kolumpo untuk satu urusan penting di Jalan Duta. Aku pergi dengan isteri dan adik ipar aku. Adik ipar aku yang pandu keretanya Getz. Kalau mengharapkan aku, takut gelabah jer nak masuk bandar raya. Kami bertolak dari tempat adik ipar aku se lepas Isya' melalui lebuh raya timur-barat. Singgah sebentar di RR Temerluh untuk menyegarkan mata sambil perkena nescafe panas. Selepas itu meneruskan perjalanan. Adik ipar aku tanya samada hendak masuk terus ke Kolumpo sebab jam masih awal ketika sampai Genting Sepah. Aku cadang kami singgah je di RR Genting Sepah. Masuk awal-awal buat apa?

Di situ kami cari tempat parking dan membetulkan seat dan layan mata aku yang sedang berat sangat sampai jam 5.00 pagi. Bangun terus cari bilik air dan utntuk ,menyegarkan badan. Selepas Subuh, kami perkena teh tarik dan terus masuk ke bandaraya. Fuhhh baru pukul 6 lebih, jalan sudah kena taruk jem. Nak cari roti tak sempatla..... Bergerak cam semut hingga ke bulatan Pahang dan terus belok cari Chow Weng Fatt...eh salah Chow Kit Road maa. Kami masuk satu lorong di depan Hotel tempat  selalu adik ipar aku parking di situ. Kami berserapan pagi. Ada parking lot., Adik ipar aku malas nak masuk sen dalam slot parking. aku bimbang kan naya kena saman di Bandaraya. Last-last dia parking tempat yang agak selamat dekat hotel di situ. Kami berserapan teh tarik dan roti kosong/telur. Lepas tu menapak dan cari teksi.

Adik ipar aku bimbang nak bawa kereta ke Jalan Duta kalau-kalau tidak ada tempat parking. Di pejabat tempat kami berurusan cukup mudah. Dalam tempoh 2 jam lebih urusan kami selesai dan makan di gerai penjaja sebelah Jalan Duta. Fuhhh  masakan nampak best-best. Ada ikan yang besar-besar tergolek dalam bekas. Berasap dan panas-panas pulak.

Hari itu hari Jumaat, aku malas nak berlama-lama di kotaraya. Aku nampak ramai yang berbaju Melayu. Aku dan adik ipar aku yang berbaju Omputih hahaha. Kami naik teksi dan balik Chow Kit. Di situ kami memmbeli sedikit buah tangan untuk anak-anak aku. Sambil jalan-jalan di situ,mata aku melilau di gerai mamak menjual sokabar dan majalah. Mata aku bertumpu di beberapa buah majalah komik yang sedang berada di pasaran. Jom, g3, Blues Selamanya, Apo?, Ujang, Utopia, Starz, Gempak, e-zone.  Semuanya aku tak layan sebab nanti aku balik beli kat tempat aku.

Kelmarin aku singgah di kedai alatan tulis di hampir tempat aku kerja. Manakala isteri aku ke kedai Avon untuk mencari keperluannya. Budak perempuan yang jaga kedai itu sering kali senyum sinis  sebab aku selalu angkat JOM dan g3 di situ.Korang mungkin dapat membaca kenapa budak perempuan itu senyum sinis kat aku. Sebab aku yang terlampau hensem barangkali hahahaha. Aku angkat 3 buah komik Pedang Setiawan nombor 441, Petir Tunggal no 3 dan 4 Panglima Jagoan no 42.  Komik-komik itu dibalut plastik. Nampak kemas  dan aku letak di atas kaunter untuk membayarnya. Budak perempuan itu kemudian dan tunduk untuk mendapatkan naskah lain sebab  yang dibalut plastik itu untuk display sahaja. Lain padang lain belalang rupanya. Lain kedai lain caranya.

Aku terus masuk di kereta dan menghantar SMS kat kawan aku yang disebut awal tadi dan memberitahu yang aku seddang angkat 3 komik kesukaannya. Terbakar rambutnya hehehehe. Sekian sahaja karutan aku untuk kali ini. Wassallam.






   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments