|
Assalamualaikum wbt...rasa-rasanya dah berzaman (dah bertahun) blogdrive ini tidak dimuat apa-apa. Jikalau pengujung nak tulis apa-apa pun kat shoutbox, saya tidak berdaya untuk merespons dek lantaran yang dikejar tak sempat nak hambat. Yang dikendung terlepas begitu sahaja. (Hahaha)
Nak reviu komik dan kartun?????? Hohoho...dah naik malas pulak dah. Apa-apa pun komik dan kartun cuma bahan bacaan boring dan masa terluang sahaja. Komik yang ada di pasaran tidak lagi menambat hati, cewah ecececece........Dulu aku cukup rajin mereviu komik, itu pun kerana kawan-kawan yang "underground" menerbitkannya. Kini, aku seminggu sekali ke kedai buku yang menyewa buku komik dan novel. Aku cuba mengawal diri supaya kurang membeli majalah dan buku komik. Seminggu sekali aku pergi ke sana untuk sewa pinjam beberapa buah buku komik yanh aku tak paham apa-apa isi dan jalan ceritanya. Amoi itu puji aku begitu pandai baca komik Mandarin dan aku hidung aku kembang kempis..padahal sepatah perkataan punaku tak mengerti. Dari buku-buku komik yang kupinjam, sekurang-kurangnya mengisi masa aku lantaran tidak berkesempatan untuk menghadiri pesta buku tempohari. |
| Leave a Comment: |