Entry: Tiada tajuk Wednesday, July 11, 2007



Banyak event yang berkaitan dengan komik, animasi dan games sekarang ini telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu. Saban hari ada sahaja berita berkenaannya. Dalam akhbar dan majalah pun ada menyatakannya.

McDec, salah satu organisasi IT negara terbesar melalui projek MSC telah pun mengumumkan projek karekter komik dan animasi tempatan. Animasi Saladin dengan khabar telah masuk Fasa II. Kejayaan Saladin telah berjaya meletakkan tenaga kerja anak Malaysia saetaraf dengan negara-negara luar.

Karnival Komik Malaysia 2007  bakal menemui peminat komik, kartun, manga, permainan dan kosplay tidak lama lagi. Penaja utamanya ialah Sungai Wang Plaza dan Gempakstarz.

Dewan Bahasa Pustaka melalui Karyanet, beberapa projek komik mereka khabarnya berada dalam  work in progress.  Komik Karyanet Hang Tuah dan Shah Mardan yang diterbitkan secara online tidak dijual secara meluas di serata Malaysia. Kemungkinan selepas ini, DBP akan memasarkan komik-komik tersebut.

Yang telah berlalu,  Pesta Buku Antabangsa 2007 merupakan suatu kejayaan bagi setengah-setengah penerbit buku dan majalah. Beberapa buah syarikat baru telah memperomosikan komik terbaru mereka.  Kejayaan tersebut mendorong KLP_Entertainment menerbitkan isu kedua Eden Factor dan  Fetus n Fetu. Begitu juga Griffon Sky memalui komik mereka Wira.

Kemunculan komik-komik baru seharusnya dapat dijadikan daya saing untuk memajukan komik-komik tempatan.  Tidak kira apa sekali stail yang diterbitkan samada stail manga atau US. Sudah terlalu hendak membicara hala tuju komik Malaysia. 

 

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments